Monday 27 April 2020

COVID-19 Ujian atau Hikmah


Kalau tengok gambar tu macam kiutt je kan tapi benda kiut ni dah banyak sangat meragut nyawa seluruh dunia. Setakat harini dah 208292 ratus ribu orang maut di seluruh dunia disebabkan makhluk satu ini iaitu Corona Virus Covid-19. In a simple way nak faham Corona Virus ni dia macam satu family virus yang boleh sebabkan penyakit dari sekecil-kecil selsema sampai la benda yang lebih teruk mcm MERS-Cov/SARS-Cov. Sebenarnya dari dulu memang ada Corona Virus ni tapi orang tak aware sebab benda tak teruk sangat and tak jadi dekat persekitaran depa sampai la tragedi Covid-19 ni. Covid-19 ni start dekat Wuhan China end of december 2019 thats why pakar namakan dia sebagai Covid-19 and this kind of Virus jadi pandemic issue sebab seluruh dunia mengalami benda yang sama. Korang boleh go thru website KKM untuk baca lagi banyak maklumat pasal ni okie.

Ni dah hari ke 42 kita kena Perintah Kawalan Pergerakan until 12 May dan perasaan aku berbelah bagi untuk tahu keputusan sama ada akan disambung atau ditamatkan which is dua dua ada good and bad. Kalau tak sambung our family can be together for this Raya but cam tak best gak kan kalau usaha ni stop sampai situ je tapi keadaan masih tak reda nak raya pun rasa tak happy and fikir pengorbanan frontliners lagi. If lepas raya kes tetiba meningkat macam sia sia je semua ni. Apapun kita doa yang terbaik sebab yang memberi penyakit pun Hanya Dia dan Dia boleh redakan bila bila je because when Allah said Kun Faya Kun maka jadilah.

Mungkin ni peringatan dari Dia which is maybe kita dah terlalu selesa dengan dunia sehingga lalai jap dengan tugas hakiki sebagai hamba, Mungkin jugak dia kesiankan kita dan nak kita rehat kejap dari kesibukan kerja, ada dari kalangan kita yang terpaksa bekerja tanpa cuti semata mata untuk sesuap nasi. Terlalu banyak benda yang hanya Dia yang lebih mengetahui. Sama ada ini ujian atau hikmah pula terletak pada manusia yang menerima tapi kita tahu Allah tu sangattt baik dan dia takkan uji hambanya lebih dari kemampuan mereka bak kata Ustaz Ebit Liew, Allah uji sebab Allah Sayang.

 Bagi aku pulak, terlalu banyak benda yang aku perlu bersyukur. Aku jadikan Covid-19 ni sebagai satu hikmah yang tidak ternilai buat diri aku bilamana ramai pelajar yang terkandas dekat Universiti tak dapat pulang dan aku kebetulan pulang ke rumah sehari sebelum PKP bermula dengan merancang untuk balik seminggu saja tapi Allah takdirkan sudah 2 bulan aku dirumah. Before this, aku pernah plan untuk extend my final year sebab my father's health condition is not in a good way and im the one yang tak ada komitmen apa apa yang boleh jaga Abah dengan Mama dekat rumah tapi abah insist untuk teruskan jugak study sebab 1 sem je lagi yopp rugi katanya. But look what Allah has planned, aku boleh duduk rumah with my family at the same time boleh belajar online. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Nikmat mana lagi wahai nurbahiah nak kau dustakan.

Dan masa ni jugak kau boleh tengok bahawa rakyat Malaysia ni sangatlah pemurah bermula dari Perdana Menteri sampai la rakyatnya😍 Sumpah happy tengok semua orang saling tolong menolong the one in need yang selama ni kita tak tahu pun depa susah tapi asbab Covid-19 ni kita tahu ramai gilak yang memerlukan dan dan pulak dah masuk bulan Ramadhan ni bulan paling onzz untuk kau bersedekah im not saying the other month tak payah buat tapi this is the time yang kita nak lipat gandakan ibadat kita kan. Smart tak Allah punya plan?? Baikknya kann...

Disebabkan masjid pun tak dapat nak pergi semua kena solat terawih dekat rumah and we can see how our heroes trying to learn more, you know before this kan pergi je masjid and ikut imam and bilal masjid je tapi sekarang everything kau kena buat sendiri to lead your family to perform terawih. Such an amazing experience tau! If this Covid tak ada sampai bila bila kita akan pergi masjid and our heroes in house mungkin takkan terfikir untuk belajar kan. Thank you Allah for the nikmat and peluang.

That all for my random though tonight!
Dont forget to wash your hand regularly and stay at home okie.
Bye, Assalamualaikum.

Saturday 14 March 2020

OH NO I WANT MY SKIN BACK! PART 2

Assalamualaikum... :')

Dekat previous post aku haritu aku dah cerita perjalanan hidup aku sepanjang skin breakouts if korang tak baca lagi boleh baca dekat siniii 😝 jadi posting ni adalah kesinambungan daripada cerita haritu. So aku akan cerita apa yang aku pakai dan amalkan sampai aku pulih balik. First thing first kena banyak bersabar dan selalu positifkan diri sebab semua benda yang terjadi atas dunia ni hanyalah ujian sementara sebelum kita dapat rasa manisnya aiceh.

Ok jom kita start! (suara khairulaming)
Masa fasa baru nak breakout tu aku try macam macam produk and of course la dari drugstore tak main eh local local ni 100% takkan percaya huhhh 😤 kemain ko eh yaa tengok pasni kau pakai apa jeng jeng jeng... Okok back to the story, bila skin dah makin teruk ni kita jadi panic sampai nak try semua produk and dekat bawah ni adalah product yang aku guna which is not works on me. So sad...


Ok ni antara product yg aku guna masa skin aku teruk and guess whatt?? Dia buat skin aku jadi makin teruk.

  • Sebamed.

Funny story pasal cleansing bar ni aku dengan Sunie share beli sabun ni pastu kitorang potong dua sebab takut tak menjadi so kitorang macam nak buat experiment jela jadi ke tak kan sbb before beli ni kitorang dah tanya pakcik gugel dulu and ramai yang bagi positive review but sadly its not for us la kot. So......NEXT!

  • Safi Dermasafe
Waktu aku beli, product ni panas-panas lagi dekat pasaran sebab ni product baru yang safi keluarkan. Aku stop sebab aku baru ada kesedaran pasal sls and this product memang ada sls tapi masa aku pakai dia takde pulak berbuih pastu memang tak sesuai sbb muka aku naik biji-biji jerewat jadi aku stop jugak.

  • Simple
Actually aku beli semua product Simple which is toner mouisturizer & cleanser tapi bila aku pakai skin aku jadi merah macam sotong bakar🦑 tapi dalam sebulan jugak aku tahan pakai sebab positive maybe effect dia je kan tapi makin lama nampak makin teruk ye sampai dah tak boleh nak positive dah haduiii so aku stoppp jugak!

Semua yang aku try ni ada dalam 4 bulan lebihh before aku betul2 jumpa my saviorr holy grail product yang sembuhkan balik skin condition aku haaa nak tahu ke nak sangatt tahuu buat suspen pulak ko kangg...

Jumpa di next post Okiee 
Bye gengg..
Assalamualaikum.